14 February 2011
PTPTN Secara Ujrah 1%
Dibenarkan untuk copy-paste ke mana-mana, dengan menyertakan link ke halaman ini:
http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=645656#645656
Oleh: Adou_Fr
Salam,
1-- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.
2-- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrah sebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.
3-- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.
4-- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.
5-- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).
6-- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.
7-- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.
8-- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.
9-- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.
10-- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.
11-- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.
12-- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.
13-- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.
14-- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.
15-- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.
16-- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.
17-- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.
18-- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.
19-- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secaraclean atas topeng Syari`ah.
ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟
WaLlahu a`lam.
Sumber asal:
http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=645656#645656
Bacaan berkaitan:
http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/859-ptptn-baru-berasaskan-ujrah--ulasan-saya.html
p/s : Giler Riba' , Nasib baik lah aku dapat pinjaman MARA.!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment