19 August 2010

Apa maksud indie ?

BALLAD FOR LAYLA
http://www.myspace.com/balladforlaylaband

Muzik indie

Muzik indie (perkataan indie dipetik daripada perkataan Inggeris independent (bebas)) merujuk kepada sebilangan jenis muzik, persada muzik, subbudaya dan sifat stilistik dan kebudayaan yang disifatkan daripada persepsi kebebasan daripada muzik pop komersial dan budaya aliran utama serta pendekatan membuat hasil karya sendiri (do-it-youself/DIY) secara bebas.



COUPLE
http://www.myspace.com/couple

Definisi "indie"

Istilah "indie" sering digunakan untuk merujuk kepada sejenis bunyi yang disembahkan oleh seseorang pemuzik, tetapi jika ditafsirkan secara lebih literal, ini merupakan satu cara yang mana bunyi itu disembahkan atau dihasilkan. "Indie" lazimnya merujuk kepada seseorang artis atau kumpulan yang bukan sebahagian budaya aliran perdana (mainstream) dan/atau sebenarnya menghasilkan muzik di luar pengaruh aliran perdana. Meskipun muzik yang dihasilkan oleh artis-artis ini banyak berbeza, definasi "indie" tercetus daripada sifat "buat sendiri" (do-it-yourself/DIY) dan kemampuan untuk bekerja di luar naungan koperasi besar.




Indie bermaksud "bukan di bawah naungan label utama"

Salah satu erti perkataan "indie" yang paling ringkas dan lazim dipakai ialah bahawa pemuzik itu tidak terikat dengan mana-mana label rakaman yang utama (syarikat rakaman utama itu adalah seperti EMI, Universal Music, Sony BMG dan Warner Music).

Masalah dengan definasi ini ialah kekurangan korelasi antara kekomersialan atau kebebasan kreatif yang ditawar oleh label utama. Kebanyakan label bebas utama beroperasi mengikut prinsip niaga seperti label utama tersebut, dengan jabatan artis dan repertoire (A&R), bajet pemasaran dan kepentingan komersial yang membantu operasi perniagaan. Manakala, label utama sering mengekalkan artis berteraskan indie yang diberi kebebasan kreatif yang lebih besar dan menerima sanjungan para pengkritik.

p/s: tp masalahnye ramai yg tak paham maksud indie sebenarnye. ada yg igt die genre. dan band2 yg main hardcore bukan indie. budak2 yg main rock2 alternative, pop dan sebagainya. dianggap indie. haaaihhh.. penerangan sume ade kat atas tu la weyh.



Siapa tidak kenal yuna ?? salah satu bakat baru yg lahir dari dunia independents music. :)

Nama sebenar: Yunalis Zarai
Komersial: Yuna
Usia: 24 tahun
Tarikh lahir: 14 November 1986
Tempat lahir: Alor Setar, Kedah
Hobi: Menonton filem
Idola: Fiona Apple (penyanyi luar negara yang pernah dikenali sekitar 1990).
Pendidikan: Graduate student from UiTM Shah Alam dalam ijazah Undang Undang
Emel: yunaroomrecords@gmail.com


YUNA
www.ilike.com/artist/Yunalis

pic ni diambil tahun 2009. dah lame daa.
btw aku saje je nk selit pic dgn dia... hahah. :)


2 comments: