16 August 2011

Merdeka Malaysia ke - 54 tahun 2011

Pada tahun ni hari raya disambut bersama-sama dengan hari kemerdekaan. So, aku  pun tak tahu la samada kat KL nanti penuh tak macam sambutan hari kemerdekaan sebelum-sebelum ini. yela, cuti kan, siapa yang tak nak balik kampung.

aku memang sukakan semangat cintakan negara namun kini semangat tu kian luntur kerana pelbagai isu yang berlaku sekarang terutamanya dari segi politik, agama, dan kewangan. walaupun macam tu aku still bersyukur Malaysia ni masih lagi aman dan tak teruk macam negara lain yang merusuh pelbagai.

Malaysia bg aku adalah negara yang bagus (yela aku duk sini je tak penah eprgi tempat lain ) tapi dari pemerhatian aku Malaysia masih ada ruang untuk maju. dan perbaiki apa yang kurang terutamanya sikap manusia-manusia yang tamak haloba dan tidak bermoral yang menggunakan duit-duit kerajaan demi perut kroni-kroni dan suku-sakat serta sedara -mara tapi aku tidak mahu komen lebih terhadap isu itu. biar lah blogger lain yang mencang isu-isu hangat sebegitu.

Well, tujuan utama aku post entry ni nak ucakp selamat menyambut hari kemerdekaan malaysia yang ke 54 dan semoga Malaysia akan terus maju dan berdaya saing. yang penting ekonomi , pendidikan haru dipertingkatkan dan moral dan mentaliti rakyat Malaysia harus dibendung dari dibelungi manusia-manusia parasit yang lebihnya kepada kaum-kaum Meleis.

So, enjoy gambar-gambar ini dan fikirlah sejenak tentang perjuangan yang selama ini dilaung-laungkan.
Salam kemerdekaan.

Sumber : Di sini


klik read more untuk laporan penuh

Selamat Ramadhan



Assalammualaikum , Salam Sejahtera, Salam Mesra, Salam 1 MALAYSIA 

Setelah hampir separuh bulan kita menjalani ibadah puasa di bulan mulia Ramadhan ini, Aku harap korang semua sentiasa diberkati dan penuhi amalan korang semua dengan amalan-amalan mulia. Jangan pula bulan ramadhan ni sepatutnya korang boleh berjimat tetapi korang hadiri semua jamuan berbuka puasa berbayar. 

Yela, faham-faham la, masa ini lah korang nak buat berbuka puasa bersama kawan-kawan sekolah rendah, kawan-kawan sekolah menengah tu bukan satu sekolah kalau ade sekolah asrama lagi, reunion lagi, buka bersama kawan universiti la, tak masuk lagi yang la, tau-tau je setiap hujung minggu korang berbuka di tempat yang memerlukan anda berbelanja lebih dari biasa. 

nak-nak pulak buffet ramadhan sekarang yang mencanang di sana dan sini. bermula dari RM10 hingga lah semahal RM200. Well biasalah, citarasa masing-masing berbeza. agak-agak mampu alhamdulillah lah rezeki dari tuhan. Tapi beringat lah tak perlu membazir kepada sesuatu yang tak perlu. 

hahaha! malas nk komen banyak, kita semua ada otak dan akal. so boleh pikir la ye. walau apa pun semua terpulang kat korang. 




14 August 2011

10 August 2011

Gadis Kemalangan Hilang Separuh Otak Menjadi Seorang Yang Artistik

Seorang gadis dari St. Petersburg, Taisia Sidorova yang kini berumur 21 baru sahaja terlepas dari maut dan dipanjangkan umur untuk hidup. Di mana ketika kemalangan itu, tengkoraknya telah hancur dan telah memusnahkan sebahagian otaknya.

Irina Sidorova (Kanan) menemani anaknya yang baru selepas kemalangan .

Xray yang menunjukkan tengkoraknya yang hancur

Disebabkan semangat yang kuat dan mendapat support dari keluarga Taisia mampu utk hidup sehingga kini, dan dengan itu beliau jugak dikurniakan bakat baru. di mana sebelum ini Taisia tidak mampu melukis dengan baik. Kini beliau mampu untk menghasilkan karya yg sangat cantik!



Sumber : Dailymail 

06 August 2011

Kisah Kapal TITANIC

Kapal Titanic yang dulunya gah dan bak kata investornya bahawa kapal ini mampu berlayar dengan pantas dan boleh menongkang arus lautan bergelora serta menghancurkan pulau-pulau ais di lautan. Namun walau sehebat mana pun cipataan manusia, tiada yang dapat menandingi kekuasan Allah SWT.

Pada tahun 2010 yang lalu para saintis telah menyertai ekspidisi mencari Kapal Titanic di Norfolk, Virgina. Jadi kat sini aku akan sertakan gambar-gambar untuk tatapan korang semua.

btw, hope aku tak terlambat nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak. semoga kita dilimpahi keberkatan dalam bulan yang mulia ini. Dan rebutlah peluang untuk menambah pahala okay!




KLIK "read more" untuk paparan penuh