13 October 2010

Evolusi Sistem OS Windows 1985 - 2009

Sebagai manusia yg hidup pada zaman di mana teknologi yang maju dan masih lagi pesat membangun, pasti hidup korang takkan dapat lari dari komputer kan ? So, untuk entry kali ni aku nk share dgn korang tentang evolusi sistem OS dari Windows. Dari mula2 ia wujud sampai lah sekarang ni. 


Segalanya bermula di Plaza Hotel, Kota New York pada 10hb November 1983. Dua orang pengasas Windows iaitu Paul Allen dan Bill Gates secara rasminya memperkenalkan syarikat dorang. - Sumber dari BERNAMA.. hahah tak lah. sumber ni aku dapat kat Microsoft la.. haishh.. korang ni...

Walaupun dapat tentangan hebat dari pesaing dorang iaitu Apple Macintosh, sistem tingkap (windows) ni mendapat lebih peminat sbb ramai yg lagi suka guna tingkap daripada buah. hahah! So, sekarang ni aku nk bawak korang sume mengimbau kembali memori silam dan rentetan peristiwa di mana bermulanya era tingkap hingga lah era tingkap ke-7 ( windows 7 ) dorang ni. Dan aku yakin ada antara korang masih tak wujud lagi kat dunia ni masa era permulaan Windows ni. :)

so, ape lagi? jom la usharr !! hehehe..







Windows 1.01 (1985)

Dirasmikan pada 10hb November 1985, hanya berbekalkan 16-bit OS dan hanya 1MB untuk Windows ni berfungsi. Dan sistem OS pertama yg mempu menjalankan multi tasking. PC platformnya dijalankan atas MS-DOS 5.0








Windows 1.03 (1986)

Diperkanal kan sistem yg dah dinaik taraf dari sistem sebelumnya. Seluruh operasi sistem berbekalkan hanya 2.2MB hard disk sahaja.







Windows 2.03 (1987)

Sistem ni semakin laju sbb dah ade processor yg dipanggil Intel 286/386. Seluruh sistem operasi masih lagi tak lebih dari 2.5MB. Tp die dah increase speed la.








Windows 2.86 (1989)

haa.. ni die windows yg lahir pada tahun aku dilahirkan.. fuhhh..!






Windows 3.0 (1990)

Yang ni lak Windows yg dah improve dorang punya set. Contohnya macam icons, applications macam File Managerm Program Manager yang masih lagi digunakan sampai hari ni. Kiranya ni tok nenek dorang ah. So, sistem operasi ni akan digantikan dgn windows 3.1 dua tahun kemudian.







Windows 3.1 (1992)

Windows 3.1 ni mungkin edisi terawal windows yang kita dah biasa guna sekarang.








Windows NT 3.1 (1993)

Windows Teknologi Baru diperkenalkan buat pertama kalinya. Windows New Technology (NT).






Windows 3.11 (1993)

Superset untuk windows 3.1, windows untuk workgroup. Dah ada domain yang support untuk networking. Dan sistem terawal yang dah ada server.







Windows NT 3.51 ( 1995)

Windows yang ada protectection untuk critical business application dan data. Support oleh OpenGL graphics standart, So, sistem ni membantu upgrade software la. contohnya software development , engineering, financial analysis, scientific dan business critical tasks.








Windows 95 (1995)

Codename die dulu adalah "Chicago". Windows 95 ni adalah yang terbaik yang pernah wujud untuk sistem OS setakat ni. Bagi full graphical user interface , intergrated lagi dengan 32-bit TCP/IP (transmission control protocol/internet protocol) ada built in internet support , dial-up networking dan plug and play hardware and software.

p/s: aku still ingat lagi. first tima aku guna internet guna sistem OS yang ni la. still guna Dial-up. mahal giler! kalo guna internet phone xleyh guna. time tu aku mmg kaki mIRC. hahah!







Windows NT 4.0 (1996)

Windows NT workstation 4.0 ada semua interface windows 95 tp dia dah improve networking support dan lebih selamat untuk access internet dan intranets dalam syarikat.






Windows NT Server 4.0 (1996)








Windows 98 (1998)

Windows 98 upgraded dari windows 95. Dengan slogan "Works Better, Plays Better". Sistem ni jugak yg pertama direka sepenuhnya untuk pengguna.

p/s: yang ni pun aku penah pakai. yg ni dah start best sikit la . sbb dah boleh nk main game. and first time tgh vcd kat PC time ni la. hahaha !! teruja gila time tu. 










Windows 2000 (2000)

Lebih kepada upgrade sistem dari Windows NT 4.0, Sistem ni jugak direka untuk gantikan Windows 95, Windows 98, dan Windows NT 4.0 kat semua PC dan laptop utk perniagaan. Antara sistem terbaik waktu tu.









Windows 2000 Server (2000)









Windows ME (2000)

Direka untuk pengguna komputer di rumah. Windows ME lebih pada muzik, video, home networking.








Windows XP (2001)

Windows XP yang menjadi pilihan ramai pengguna di luar sana. chewahh ! ayat tak tahan baii!!

Windows XP Professional brings the solid foundation of Windows 2000 to the PC desktop, enhancing reliability, security, and performance. With a fresh visual design, Windows XP Professional includes features for business and advanced home computing, including remote desktop support, an encrypting file system, and system restore and advanced networking features – Microsoft.


p/s : ini adalah pilihan aku sampai la skrg walapun ada Vista ataupon Windows 7.











Windows Server 2003 (2003)


Dikeluarkan pada April 2003, juga dikenali sbgai Win2k3.











Windows Vista (2006)


Lepas 5 tahun muncul pulak Windows Vista ni. aku pon tatau la ape yg best sgt. sbb tak penah pakai. Ramai yg pakai kata mmg style la pakai Vista ni. Tp lembab. aku pon tatau. tak berminat pon dgn vista. cinta masih lagi kepada XP. hahhaa !!












Windows 7 (2009)


Codenamed die "Blackcomb", aku penah pakai kejap lepas reboot laptop haritu tapi cam pelik je. maybe tak biase kot. so aku tukar balik kepada XP. hahahah !! Dari apa orang cakap lah. Windows 7 ni Berat skit dari XP dan lebih ringan dari Vista. hummm. tatau lah. sape2 yg pakai die tau la..






So, korang2 yang nk further information dan nk wat research sendiri ataupun rasa info2 aku bagi ni tak cukup (mmg tak cukup pon. hahha) korang leh la pergi kat link2 di bawah ni..







No comments:

Post a Comment